Sunday, November 3, 2019

MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 | Dato' AC Mizal Tak Faham Lawak HALUS


MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 | Dato' AC Mizal Tak Faham Lawak HALUS | Maharajalawak Mega 2019 membuka tirai pada 1 November 2019. Sebanyak 12 Kumpulan dan 2 peserta solo bagi merebut wang tunai RM 500,000.00 yang ditawarkan.

Bagi aku, Maharaja Lawak Mega adalah pentas untuk mencabar para pelawak mengeluarkan idea-idea yang bernas. Jalan cerita yang menarik dan punch line yang kena ditempatnya. Ini 2 asas utama dalam Maharaja Lawak Mega. 

Sepatutnya dikurangkan lawak menggunakan sentimen agama sehingga agama itu dilihat ke belakang dan terkebawah . Dikurangkan perkataan yang teruk seperti setan, bodoh, bongok dan sebagainya.

Adapun lawak membahan adalah dibolehkan bagi aku, tapi ia tidak perlulah melampau-lampau dan satu lagi, dalam Maharaja Lawak Mega bukanlah persembahan biasa tapi ia adalah medan pertandingan, seharusnya elemen spotan adalah perlu dikurangkan. Aku rasa yang ni semua pelawak sudah mengerti.

Apa macam brader. Macam pengomen profesional tak aku. Biasalah brader, pengomen percuma. Ha ha ha....

Aku tak nak ulas panjang-panjang. Minggu 1 Maharaja Lawak Mega ni aku nak ulas lawak dari Kumpulan Halus.

Lawak Halus Standard Tinggi



Rata-rata kalu korang tengok secara live ataupun tengok kat youtube, korang perasan bahawa orang tak gelak sangat, tapi ada je orang gelak. Yang aku tak leh blah adalah, AC Mizal dengan selambanya di akhir persembahan mengatakan bahawa para penonton di Royal Teater Shah Alam dibenarkan gelak. 

Ini satu sindiran kepada kumpulan Halus yang tak kelakar bagi Dato' AC Mizal.

Di sini aku tak setuju cara AC Mizal. Halus tak kelakar atau Dato' AC Mizal yang tak paham cara penyampaian Halus.

Bagi aku lawak Halus berstandard tinggi untuk mingu pertama ini. Kalau korang tengok Hot Seat lagi David Teo bagi 4 Ha untuk kumpulan Halus ini.

Sepatutnya Dato' AC Mizal kena profesional la sebagai host yang berpengalaman. Bagi aku, ramai lagi kumpulan yang tak apa-apa, dari segi jalan cerita dan punch line yang ke laut. 

Tapi rakyat Malaysia rata-rata teruk mengutuk Halus. Mungkin Halus salah medan, kata salah seorang pengomen youtube. 




Korang tengok sendiri la yer..

RAKAMAN PENUH MLM 2019 
HALUS DI MINIT 2:19:29


PERSEMBAHAN HALUS MINGGU PERTAMA MLM 2019

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks