Sunday, November 3, 2019

MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 | Dato' AC Mizal Tak Faham Lawak HALUS


MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 | Dato' AC Mizal Tak Faham Lawak HALUS | Maharajalawak Mega 2019 membuka tirai pada 1 November 2019. Sebanyak 12 Kumpulan dan 2 peserta solo bagi merebut wang tunai RM 500,000.00 yang ditawarkan.

Bagi aku, Maharaja Lawak Mega adalah pentas untuk mencabar para pelawak mengeluarkan idea-idea yang bernas. Jalan cerita yang menarik dan punch line yang kena ditempatnya. Ini 2 asas utama dalam Maharaja Lawak Mega. 

Sepatutnya dikurangkan lawak menggunakan sentimen agama sehingga agama itu dilihat ke belakang dan terkebawah . Dikurangkan perkataan yang teruk seperti setan, bodoh, bongok dan sebagainya.

Adapun lawak membahan adalah dibolehkan bagi aku, tapi ia tidak perlulah melampau-lampau dan satu lagi, dalam Maharaja Lawak Mega bukanlah persembahan biasa tapi ia adalah medan pertandingan, seharusnya elemen spotan adalah perlu dikurangkan. Aku rasa yang ni semua pelawak sudah mengerti.

Apa macam brader. Macam pengomen profesional tak aku. Biasalah brader, pengomen percuma. Ha ha ha....

Aku tak nak ulas panjang-panjang. Minggu 1 Maharaja Lawak Mega ni aku nak ulas lawak dari Kumpulan Halus.

Lawak Halus Standard Tinggi



Rata-rata kalu korang tengok secara live ataupun tengok kat youtube, korang perasan bahawa orang tak gelak sangat, tapi ada je orang gelak. Yang aku tak leh blah adalah, AC Mizal dengan selambanya di akhir persembahan mengatakan bahawa para penonton di Royal Teater Shah Alam dibenarkan gelak. 

Ini satu sindiran kepada kumpulan Halus yang tak kelakar bagi Dato' AC Mizal.

Di sini aku tak setuju cara AC Mizal. Halus tak kelakar atau Dato' AC Mizal yang tak paham cara penyampaian Halus.

Bagi aku lawak Halus berstandard tinggi untuk mingu pertama ini. Kalau korang tengok Hot Seat lagi David Teo bagi 4 Ha untuk kumpulan Halus ini.

Sepatutnya Dato' AC Mizal kena profesional la sebagai host yang berpengalaman. Bagi aku, ramai lagi kumpulan yang tak apa-apa, dari segi jalan cerita dan punch line yang ke laut. 

Tapi rakyat Malaysia rata-rata teruk mengutuk Halus. Mungkin Halus salah medan, kata salah seorang pengomen youtube. 




Korang tengok sendiri la yer..

RAKAMAN PENUH MLM 2019 
HALUS DI MINIT 2:19:29


PERSEMBAHAN HALUS MINGGU PERTAMA MLM 2019

Friday, November 1, 2019

Boleh Ke Kerajaaan Haramkan Saja Basikal Lajak !


Selepas tragedi basikal lajak kat Johor baru-baru ni, satu Malaysia bergegar. JKJR dah menyarankan haramkan basikal lajak ni. TPM pun dah berbunyi bahawa basikal lajak ni memang haram. JPJ pun sedang mengkaji dari aspek undang-undang.

Basikal Lajak

Bila melibatkan tragedi yang menyebabkan 8 terbunuh baru-baru ini, maka isu ini bukanlah isu yang biasa-biasa. Pengharaman basikal lajak sudah pasti akan melegakan banyak pihak, namun industri basikal lajak ini kian berkembang pesat.

Sudah pasti para pelobi tidak akan berdiam diri kerana keuntungan dari perniagaan basikal lajak ini kian berkembang. Pengharaman dari kerajaan sangat merugikan mereka.

Oleh sebab itu, apa-apa tindakan kerajaan mesti melihat kepada maslahah umum, kenapa tidak dinilai terlebih dahulu dari segi aspek keselamatan sebelum diedar dan dijual di Malaysia, sekarang bila sudah terjadi tragedi baru bising. Bila pelobi sudah besar, nak haramkan pun sangat susah.

Sekian sahaja. pendapat pendek yang mungkin tak ada orang baca.

Rujuk artikel :
Wednesday, October 30, 2019

Manusia Jenis Apa Tergamak Buat Macam Ni !





Walaupun binatang ni najis mughallazah, tak de sebab kita manusia yang berkepala otak ni nak panah dia sesuka hati. Ada otak tak de akal, baik jadi binatang je la. 

Di Zaman Rasulullah SAW, ada kisah tentang seekor anjing yang dahaga dan dilihat seorang pemuda dan beliau turun ke telaga untuk mengambil air dengan menggunakan kasutnya dan memberikan minum kepada anjing tersebut.

"Maka diberitahu kepada pemuda tersebut diampunkan dosa seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Nabi Muhammad SAW juga menceritakan kisah seorang perempuan yang jahat turut melakukan perkara yang sama dengan memberikan air kepada seekor anjing yang dahaga. Sabda Nabi, wanita tersebut diampunkan dosa oleh ALLAH SWT kerana kasih sayangnya kepada anjing tersebut

Islam telah mengajar kita agar kita menyayangi binatang, bukan menyeksa mereka yang lemah ini. Semoga kita dan anak cucu kita dilindungi daripada sifat orang-orang yang zalim.

Hidup Tiada Haluan Tanpa Senjata


Hidup Tiada Haluan Tanpa Senjata | Ramai orang tak tahu haluan hidup dia. Ya, kepada yang berilmu dia mengerti bahawa hidup ini adalah ujian. Akhirnya kita akan mati. dalam tempoh hidup itu berapa banyak bekalan akan di bawa semasa kematian.



Bicara memang mudah, namun Iman dan Ilmu adalah senjata yang boleh membawa kita mendepani ujian tersebut.

Jika kita tidak mempunyai senjata,  mana mungkin kita tahu haluan hidup kita.

Bukan senang untuk kita mendapat senjata yang terbaik. Senjata perlu dibersihkan, Digilap dan diujicuba.

Kadangkala senjata ini tidak mampu untuk mengharungi cabaran dan ujian hidup yang sangat mencabar. Sebab itulah kita mesti menggilap senjata setiap hari agar ianya cukup bersedia untuk menghadapi cabaran.

........

Bersama alim ulamak, ustaz, tok guru, kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan tentang kematian, tujuan hidup dan perjuangan sedikit sebnayak membantu kita menggilap senjata kita. Jangan jauh dari alim ulamak, ustaz, tok guru dan kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan tentang kematian, tujuan hidup dan perjuangan.

Al-Quran, Solat Berjamaah di Masjid adalah alat mengilap senjata. Namun kita sendiri alpa untuk menggunakannya.

........

Cukuplah sekadar luahan hati yang gundah gulana.
Tuesday, June 18, 2019

Hai Semua, Hari Ni Occy Nak Bagi Tips Hilangkan Kurap Kat Telinga


Hai Semua, Hari Ni Occy Nak Bagi Tips Hilangkan Kurap Kat Telinga | Salam bahagia dan salam Aidilfitri ye. Occy kenalkan diri Occy dulu la ye, Occy ni dah setahun tinggal kat rumah Abe Asyraf. Dialah yang jaga Occy masa Occy kecik.

Tips Hilangkan Kurap Kucing
"Hai semua, apa khabar, nama saya Occy"...

Mulut Occy ada sedikit rabik, Occy pun tak tahu kenapa, Occy dah lupa. Abe Asyraf ada nak hantar Occy kat Klinik Jawaher tapi kos dia mahal, lepas dia tengok Occy happy je dan tak sakit sebab mulut rabik tu, dia tak jadi hantar Occy masuk wad.

Dia puas memikir macam mana nak settel kurap kat telinga Occy ni. 

Satu hari, Abang Kamal datang rumah Abe Asyraf untuk bekam. Ha...Korang tahu tak Abang Asyraf pandai bekam, tapi Occy tak pernah lagi dibekam oleh dia. Ha ha ha haaa...

Kalau korang nak bekam atau urut call la dia yer. klik link kat sini, Iman Al Hijamah Center.

Ok, Abang Kamal la yang bagitau Abe Asyraf yang minyak goreng ikan tu boleh rawat kurap kat telinga Occy. Sebab minyak tu bersifat panas. Abe Asyraf dah lumur kat telinga Occy dah 3 hari dah, pagi dan malam.

Occy bukan suka sangat, ye la bau minyak yang dah guna campur ikan kering. Aduh...

Tapi tak pe la Occy redha, nak sihat kan!

Oklah kepada rakan-rakan Occy diluar sana tu, bolehlah try yer. Bye, Occy nak gi sambung tidur. Occy actually sedang mengandung. Sorry yer, penat sikit. bye, bye...

Kat bawah ni gambar telinga Occy selepas 3 hari dan gambar Abe Asyraf.

Tips Hilangkan Kuranp Kucing
"Ni la telinga Occy, ok tak, dulu teruk lagi"...

Tips Hilangkan Kuranp Kucing
"Occy nak manja-manja ngan Abe pun tak boleh ker..."

Tips Hilangkan Kuranp Kucing
"Tercekik Occy Abe".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks